Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia...
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.
Kepada pembaca budiman yang
mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun
berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan
yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab
soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah
melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan
mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah
SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800
pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat
menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber
asal:
Amalan ini diberikan oleh seorang
guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah
Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik.
Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah
s.w.t.
Blog yang menarik. Tahniah.
BalasPadamTahniah. banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama
BalasPadam