Ahad, Oktober 28, 2012

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum wbt. dan Salam 1 Malaysia ,


Alhamdulillah, syukur kepada pencipta,dengan izinNya dapat saya membuat blog yang telah diamanahkan kepada saya walaupun tidak sebaik yang diharapkan. Namun saya telah berusaha untuk membina blog ini dengan sebaik mungkin.

Selamat datang ke blog saya” Bahasa Malaysia Tahap 1”. Penyediaan blog ini merupakan salah satu usaha untuk memberikan informasi mengenai kurikulum Bahasa Malaysia Tahap 1. Segala kekurangan informasi dalam blog saya ini harap dimaafkan. Yang baik itu datangnya daripada  ALLAH SWT  dan yang lemah itu datangnya daripada kekurangan diri ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah ,tutor, keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan blog ini. Ucapan terima kasih kepada pengunjung juga saya tidak lupakan kerana  sudi melawati blog saya ini. Saya ingin mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi paparan informasi blog ini. Semoga informasi di blog saya ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan, membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak. Segala jasa semua pihak amatlah saya hargai.  Akhir kalam moga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.