Ahad, November 18, 2012

NILAI-NILAI MURNI

Apakah pendidikan nilai murni?

Pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-

1.Baik Hati :
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:
·         Aspek belas kasihan
·         Bertimbang rasa
·         Murah hati
·         Saling faham memahami
·         Sedia memaafkan

2.Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:
·         Bertanggungjawab
·         Berupaya bertindak sendiri
·         Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

3.Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah:
·         Kesopanan
·         Mengakui kesalahan
·         Ramah mesra 

4.Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi:
·         Hormat dan taat kepada ibubapa
·         Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
·         Hormat kepada raja dan negara
·         Patuh kepada undang-undang
·         Hormat kepada hak asasi
·         Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
·         Hormat kepada keperibadian individu. 

5.Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
·         Sayang kepada nyawa
·         Sayang kepada alam sekeliling
·         Cinta kepada negara
·         Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6.Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

7.Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
·         Kebebasan di sisi undang-undang
·         Kebebasan dalam sistem demokrasi.

8.Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:
·         Berani dengan tidak membuta tuli
·         Berani kerana benar
·         Berani mempertahankan pendirian
·         Berani bertanggungjawab.

9.Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:
·         Kebersihan diri
·         Kebersihan persekitaran
·         Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
·         Pemikiran yang sihat dan membina 


10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

11.Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

12.Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

13.Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:
·         Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
·         Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

14.Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

15.Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.

16.Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.



Sabtu, November 17, 2012

JADILAH GURU CEMERLANG


                      












Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
  1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
  2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 

1. Kecemerlangan Peribadi
 
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
  • Nilai kendiri yang positif
  • Berakhlak mulia
  • Adil
  • Bertimbang rasa
  • Amanah
  • Bertanggung jawab
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Kemas
  • Sikap sedia berkongsi
  • Bersikap terbuka
  • Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran  

Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
  • Mengamalkan budaya ilmu
  • Berkebolehan menyelesaikan masalah
  • Membuat keputusan yang rasional serta objektif
  • Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi 

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
  • Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
  • Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
  • Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
  • Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
  • Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul  

Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
  • Adil
  • Sabar
  • Tegas
  • Konsep kendiri positif
  • Kesungguhan
  • Mesra
  • Prihatin
  • Kerjasama
  • Menepati masa
  • Bertanggung jawab
  • Berakhlak mulia
  • Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.


Ahad, November 11, 2012

KATA-KATA HIKMAH


Koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.



Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan


Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.




Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Ahad, November 04, 2012

AMALAN UNTUK IBU BAPA


Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia...

 AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.


Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.



KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.




 Contoh:


Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.




Sumber asal:


Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.

SAJAK DAN PANTUN UNTUKMU GURU

Sajak  Untukmu Cikgu


Cikgu,
Tulus Setiamu telah mengajar kami,
Membekalkan ilmu untuk masa depan,
Dari ABCDE 1 ,2 Dan 3 hingga aku tahu baca dan kira.
Tak terhingga pengorbananmu,
Hingga aku besar kan ku ingat selalu,
Terima kasih padamu cikgu.

Cikgu,
Jasamu akan ku kenang selalu,
Tak pernah lelah tunjuk ajarku,
Terima kasih ku kepadamu cikgu,            
Kaulah pelita hidup bagi kami semua,
Menuju jalan ke arah yang benar,
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar,
Untuk memastikan kami berjaya.

Cikgu,
Tanpa didikan mu siapalah kami,
Halalkan segala ilmu yang telah engkau curahkan,
Terima kasih cikgu…



                                            Untukmu Guru

Sorong papan tarik papan,
tarik papan sambil berlagu,
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu.


Betik masak lebat di pangkal,
Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi panjang akal,
Hormat guru tekun belajar.


Mail pergi ke pasar lama,
Ke pasar lama mencari peti,
Budi guru saya terima,
Jadi kenangan sehingga mati.

Pohon palma tegak berdiri,
Ditanam mari tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.


Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.


Hendak pergi ke pekan Gara,
Ke pekan gara membeli angsa,
Berkorban demi nusa dan Negara,
Guru pembina negara bangsa.


Terdapat ralat dalam alat ini