Pendidikan nilai murni
ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam
membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan
masyarakat.
Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-
1.Baik Hati :
Sikap sentiasa
mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.
Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini
meliputi:
·
Aspek belas kasihan
·
Bertimbang rasa
·
Murah hati
·
Saling faham memahami
·
Sedia memaafkan
2.Berdikari
Kebolehan dan
kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari
dalam konteks ini membawa pengertian:
·
Bertanggungjawab
·
Berupaya bertindak
sendiri
·
Jaya diri dan yakin
pada diri sendiri.
3.Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan
tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang
individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah
tinggi adalah:
·
Kesopanan
·
Mengakui kesalahan
·
Ramah mesra
4.Hormat Menghormati
Menghargai dan
memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
Ini merangkumi:
·
Hormat dan taat kepada
ibubapa
·
Hormat kepada orang
yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
·
Hormat kepada raja dan
negara
·
Patuh kepada
undang-undang
·
Hormat kepada hak
asasi
·
Hormat kepada
kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
·
Hormat kepada
keperibadian individu.
5.Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih
sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela
terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
·
Sayang kepada nyawa
·
Sayang kepada alam
sekeliling
·
Cinta kepada negara
·
Cinta kepada keamanan
dan keharmonian
6.Keadilan
Perlakuan, pertuturan
dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
7.Kebebasan
Kebebasan yang
dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan
oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
·
Kebebasan di sisi
undang-undang
·
Kebebasan dalam sistem
demokrasi.
8.Keberanian
Kesanggunpan seseorang
untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada
pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana
keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:
·
Berani dengan tidak
membuta tuli
·
Berani kerana benar
·
Berani mempertahankan
pendirian
·
Berani
bertanggungjawab.
9.Kebersihan fizikal
dan mental
Kebersihan fizikal
ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula
merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:
·
Kebersihan diri
·
Kebersihan
persekitaran
·
Pertuturan dan
kelakuan yang bersopan
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan
yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
11.Kerajinan
Usaha berteruan yang
penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha
dalam melakukan sesuatu perkara.
12.Kerjasama
Usaha baik dan membina
yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat
atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab
bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
13.Kesedaran
Sikap tidak
keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini
termasuklah:
·
Sederhana dalam
menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
·
Tidak keterlaluan
dalam pertuturan dan tingkah laku.
14.Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan
yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi
seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
15.Rasional
Boleh berfikir
berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat
pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
16.Semangat
Bermasyarakat
Kesediaan melakukan
sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam
masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam
masyarakat.